Wednesday, August 27, 2008
cerita seorang budak~
Ada seorang budak, dia buta.
Matanya tidak dapat melihat sekelilingnya.
Mata hatinya buta tidak melihat pada keikhlasan.
Dia tetap mahu pandang hanya ke atas.
Budak itu juga pelupa.
Dia selalu lupa siapa yg selalu sedia disisinya.
Dia lupa pada kata-katanya sendiri.
Dia tidak mahu dgr pabila sesiapa mengingatkannya.
Tetapi, walaupun dia buta dan pelupa...
Dia mahukan kesempurnaan yg dia tiada.
Dia impikan langit tinggi yang xmungkin dia capai.
Dia kadangkala jijikkan tanah yg dipijaknya.
Kasihan budak itu.
Sy doakan satu hari matanya akan melihat sekeliling.
Sy doakan satu hari mata hatinya akan nmpk keikhlasan.
Sy doakan satu hari dia ingat pada semua.
Sy doakan satu hari dia ingt setiap kata-katanya.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment