BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah
memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang
halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung
kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. (Hadis Riwayat Ibn an-Najjar)
Huraian Hadith:
* Kekayaan dan mengumpul harta untuk
mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat
tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam
atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak.
*
Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana
musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan
yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan.
Rezeki dan kemewahan
datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah
nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga
mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan
sebagainya.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA
MALAYSIA
(SUMBER
: JAKIM)
yg nie aku copy dr buletin UPM.. saje nk share2 ng korang sume... moga beri manfaat pada kita semua.. Insyallah.. :D
No comments:
Post a Comment