Assalammualaikum wbt....
di saat kita meraikan kehadiran Maal Hijrah 1434h nie... kita masih mampu menumpang dengar bunyi2 mercun dari jiran2 bangsa India yg menyambut Thaipusam....
kita mampu berdoa dengan aman diatas sejadah tebal milik kita bersarung telekung yg putih bersih suci dari segala kokotoran....
kita menadah tangan membaca doa akhir tahun dan awal tahun... kita mampu membeli buku doa tersebut dan kita search melalui ipad..smartphone & sekurang2nya kita boleh print doa tersebut....
Salam Maal Hijrah 1434h.... moga kita dikurniakan kehidupan yg lebih baik dari semalam.. moga kita dikurnia kesihatan tubuh badan... moga kita dikurnia kehidupan aman tenteram.... moga kita dikurnia Iman yg kuat... moga kita dikurnia akal fikiran yg baik... moga kita dikurnia rezeki yang berkat... moga kita dikurnia hati yang bersih... moga kita dikurnia anak-anak yang sihat sempurna.... untuk kita lebih beribadah kepada-Nya... untuk kita sujud dengan ketaqwaan kepada-Nya.. untuk kita mensyukuri setiap nikmat daripada-Nya.... hanya Dia yg Maha mendengar lagi mengasihani... Amin Ya Rabb....
Boikot vs Tidak Boikot....
kepada yang BOIKOT..... tidak perlulah kita mengata pulak kepada mereka yg tidak boikot sebagai 'menyokong kekejaman israel'... 'tidak mempedulikan saudara sesama Islam'... tak perlu kata-mengata kerana mungkin mereka menderma lebih banyak dari yang telah mereka belanjakan atas produk2 Israel... kerana mungkin mereka berdoa lebih banyak dari kita... & kerana halal & haram itu semuanya ditentukan olehNya bukan ditangan kita...
kepada yang TIDAK BOIKOT..... tidak perlulah kita mengata pulak kepada mereka yg boikot 'eleh.. baru nk boikot sekarang'... 'mcm ko xpernah mkn sume2 yg ko baru nk boikot tu'... tak perlu kata-mengata kerana sekurang2nya mereka ada terfikir mungkinkah duit hasil membeli/bayar produk2 Israel itu secara tidak langsung berakar-umbi telah menaja kos kezaliman tentera Israel... sekurang2nya mereka ada kesedaran sendiri untuk tidak menyumbang apa2 terhadap Israel... & sekurang2nya mereka cuba usaha & daya mereka...
kepada yang BOIKOT atau TIDAK... hentikan caci-maki, kata-mengata sesama kita kerana itu mungkin menjadi pencetus atas apa yang berlaku di Gaza sekarang..... marilah sama2 kita kembali pd niat kita yang sama.... menadah tangan memohon bantuan & ihsan dari-Nya untuk menyelamatkn saudara Islam kita di bumi Palestine.. InsyaAllah.. terimalah kami berjihad melalui doa kami Ya Rabb.
Allahumma a'laika bilyahudi...
No comments:
Post a Comment